Showing posts with label Galeri Seni. Show all posts
Showing posts with label Galeri Seni. Show all posts

Digelar 'Crouching Tiger and Turtle, Magic Mountain', laluan pejalan kaki ini menjadi satu tarikan yang menarik baru-baru ini di bandar Duisberg,Jerman. Patung gergasi berpusar berukuran 11 meter tinggi ini menyediakan pemandangan panorama landskap sekitarnya. Menggabungkan seni dan keseronokan, arca itu adalah satu cara yang interaktif untuk pengunjung menerokai kawasan luar bandar Jerman.Ia telah direka dan dipasang oleh Ulrich Genth dan Heike Mutter selama lapan minggu.

laluan pejalan kaki rollercoaster


Perlbagai rekabentuk basikal dapat dilihat pada masa kini seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Terdapat basikal yang mementingkan ciri-ciri keselamatan,kelajuan,keselesaan,dan juga bercirikan masa depan. Tidak kurang juga basikal yang mempunyai rekabentuk pelik direka untuk tujuan tertentu yang kadangkala dilihat agak melucukan. Berikut merupakan beberapa contoh koleksi basikal yang paling pelik di dunia.

basikal paling pelik di dunia


Koleksi pelbagai gambar yang diambil dari perspektif berbeza bagi menghasilkan gambar yang sangat menarik dan kreatif. 

gambar perspektif berbeza


Proses membuat rumah daripada beg pasir bagi mereka yang inginkan kelainan. Kos membuat sebuah rumah daripada beg pasir juga murah kerana menggunakan sumber alam disamping tidak mencemarkan alam sekitar. Proses membuat bata yang menggunakan api telah menghasilkan karbon yang sama sekali mencemarkan alam sekitar. Dengan menggantikan bata dengan beg pasir,sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar.

rumah beg pasir


Lampu dari botol dan sudu plastik ini hanya menggunakan barang-barang yang murah serta senang didapati di sekeliling kita. Cara membuatnya juga sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. 


Guerra de la Paz adalah nama gabungan artis yang berasal dari Cuba dan Miami,iaitu Alain Guerra dan Neraldo de la Paz. Mereka suka menghasilkan karya seni kreatif menggunakan barang-barang yang telah dibuang dalam kehidupan harian. Hasil kerja mereka berdasarkan gabungan disiplin tradisional dan eksperimen dengan dimensi dan penggunaan bahan-bahan yang tidak konvensional. Anda boleh menyemak kerja mereka di laman web Guerra de la Paz .


Tutorial mudah tentang cara-cara pindahkan gambar ke atas sekeping kayu untuk dijadikan hiasan yang sangat menarik dan kreatif.  


alt


Bashir Sultani,berasal dari Afghanistan dan menetap di Kanada telah menggunakan garam yang digoncang untuk dijadikan seni lukisan dan  mendokumenkan setiap proses kreatif tersebut dalam siri video yang dimuatnaik ke dalam YouTube . Subjek lukisan beliau adalah pelbagai potret artis ikon budaya pop seperti Lady Gaga, Charlie Sheen dan Presiden Obama hinggalah kepada tokoh-tokoh legenda seperti Kurt Cobain, Bruce Lee, dan Albert Einstein.Video di bawah menunjukkan cara beliau menghasilkan potret The Joker.


Share
this page
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright 2010 Galeri Siber
Modify by red One_foren6