Showing posts with label Galeri Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Galeri Kreatif. Show all posts

Digelar 'Crouching Tiger and Turtle, Magic Mountain', laluan pejalan kaki ini menjadi satu tarikan yang menarik baru-baru ini di bandar Duisberg,Jerman. Patung gergasi berpusar berukuran 11 meter tinggi ini menyediakan pemandangan panorama landskap sekitarnya. Menggabungkan seni dan keseronokan, arca itu adalah satu cara yang interaktif untuk pengunjung menerokai kawasan luar bandar Jerman.Ia telah direka dan dipasang oleh Ulrich Genth dan Heike Mutter selama lapan minggu.

laluan pejalan kaki rollercoaster


Perlbagai rekabentuk basikal dapat dilihat pada masa kini seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Terdapat basikal yang mementingkan ciri-ciri keselamatan,kelajuan,keselesaan,dan juga bercirikan masa depan. Tidak kurang juga basikal yang mempunyai rekabentuk pelik direka untuk tujuan tertentu yang kadangkala dilihat agak melucukan. Berikut merupakan beberapa contoh koleksi basikal yang paling pelik di dunia.

basikal paling pelik di dunia


Simon Whitlock telah mencipta motorsikal pertama di dunia yang mempunyai 48-silinder dan berkuasa 4200 cc dengan hanya mengabungkan sekumpulan bahagian enjin bersama-sama. Setelah bersusah payah selama tiga tahun dan mengharungi pelbagai masalah,akhirnya motorsikal itu berjaya disiapkan.


Koleksi pelbagai gambar yang diambil dari perspektif berbeza bagi menghasilkan gambar yang sangat menarik dan kreatif. 

gambar perspektif berbeza


Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian bagi menunjukkan kelainan termasuklah melakukan aksi menarik ketika bergambar di kolam renang.

aksi di kolam renang


Proses membuat rumah daripada beg pasir bagi mereka yang inginkan kelainan. Kos membuat sebuah rumah daripada beg pasir juga murah kerana menggunakan sumber alam disamping tidak mencemarkan alam sekitar. Proses membuat bata yang menggunakan api telah menghasilkan karbon yang sama sekali mencemarkan alam sekitar. Dengan menggantikan bata dengan beg pasir,sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar.

rumah beg pasir


Pada 8 November 2011 yang lalu, Honda telah mengumumkan  bahawa Robot Asimo versi terbaru boleh berlari pada kelajuan 9 km/h dan melompat sebelah atau kedua-dua belah kaki.  Selain itu, Robot Asimo ini juga boleh berjalan mengundur kebelakang, membuka penutup botol, dan menuangkan air ke dalam gelas.  Saksikan video menarik dibawah.

robot asimo terbaru
  


Lampu dari botol dan sudu plastik ini hanya menggunakan barang-barang yang murah serta senang didapati di sekeliling kita. Cara membuatnya juga sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. 


Koleksi motorsikal paling pelik dari seluruh dunia.

"Drag Bike" dari Australia


Guerra de la Paz adalah nama gabungan artis yang berasal dari Cuba dan Miami,iaitu Alain Guerra dan Neraldo de la Paz. Mereka suka menghasilkan karya seni kreatif menggunakan barang-barang yang telah dibuang dalam kehidupan harian. Hasil kerja mereka berdasarkan gabungan disiplin tradisional dan eksperimen dengan dimensi dan penggunaan bahan-bahan yang tidak konvensional. Anda boleh menyemak kerja mereka di laman web Guerra de la Paz .


Tutorial mudah tentang cara-cara pindahkan gambar ke atas sekeping kayu untuk dijadikan hiasan yang sangat menarik dan kreatif.  


alt


Bashir Sultani,berasal dari Afghanistan dan menetap di Kanada telah menggunakan garam yang digoncang untuk dijadikan seni lukisan dan  mendokumenkan setiap proses kreatif tersebut dalam siri video yang dimuatnaik ke dalam YouTube . Subjek lukisan beliau adalah pelbagai potret artis ikon budaya pop seperti Lady Gaga, Charlie Sheen dan Presiden Obama hinggalah kepada tokoh-tokoh legenda seperti Kurt Cobain, Bruce Lee, dan Albert Einstein.Video di bawah menunjukkan cara beliau menghasilkan potret The Joker.


Koleksi gambar basikal dengan rekaan unik dan inovatif hasil perkembangan teknologi yang menjadikan beberapa pereka telah menghasilkan rekaan yang kreatif bagi menarik minat pengguna untuk membeli basikal mereka. 


Share
this page
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright 2010 Galeri Siber
Modify by red One_foren6